Tarbiyah_Mengenal Diri
Allah SWT
menciptakan semua yang ada di dunia ini berpasang-pasangan. Lelaki dan
perempuan, besar dan kecil, siang dan malam, menang dan kalah, dan seterusnya.
Begitu juga dalam kehidupan manusia. Mereka akan bertemu dua persimpangan dalam
jalan kehidupannya. Ia harus memilih sama ada jalan yang lurus (Shiratul
mustaqim) atau jalan yang sesat (Jahiliyah). Al-Qur’dan telah
menjelaskan tentang hakikat diri manusia yang di dalamnya ada dua unsur. Ianya
akan saling bertembung, saling bertarung untuk memenangi yang empunya diri.
Firman Allah: “Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan
ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan
sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS. As-Syams: 8-10)
Jalan “fujur’ adalah jalan kaum yang
sesat (Nasrani) dan jalan kaum yang dimurkai Allah (Yahudi). Manakala jalan
“taqwa” adalah jalan orang-orang
yang taat kepaa Allah dan Rasul Nya. Sebagaimana Allah berfirman: “…dan pasti Kami tunjukki mereka kepada jalan yang lurus. Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah, iaitu: Para Nabi, para shiddiqin, orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (QS. an-Nisaa’: 68-69)
yang taat kepaa Allah dan Rasul Nya. Sebagaimana Allah berfirman: “…dan pasti Kami tunjukki mereka kepada jalan yang lurus. Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah, iaitu: Para Nabi, para shiddiqin, orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (QS. an-Nisaa’: 68-69)
Jalan fujur dan taqwa, masing-masing
memiliki “daya magnet” dan “medan magnet” yang tersendiri. Masing-masing
memiliki garis edar yang tidak akan pernah beriringan antara satu sama lain.
Jalan fujur berada di kutub “batil” manakala jalan taqwa pula berada di kutub
“al-haq”. Keduanya akan sentiasa saling menghancurkan.
Manusia, adalah satu-satunya makhluk
yang diberi kebebasan memilih jalan yang akan ditempuhinya. Namun dalam
kehidupannya mereka akan tidak terlepas melalui kedua jalan tersebut. Seorang
insan pada satu ketika mungkin akan berada di atas jalan fujur, sedang pada
ketika yang lain akan berada di jalan taqwa. Semuanya ini amat bergantung
kepada sejauhmana kekerapan seseorang itu memperbahrui perjanjiannya
(syahadatain) kepada Allah SWT. Namun yang PASTI tidak mungkin sama sekali
manusia itu akan berada di atas kedua-dua jalan dalam satu masa. Sesungguhnya
kedua-dua jalan ini selama-lamanya tidak akan pernah bertemu, meskipun pada
satu titik. Allah tidak pernah menciptakan dua hati dalam diri seseorang.
Sebuah gambaran yang menarik
mengenai sifat fujur dan taqwa ini adalah kedua-duanya ibarat dua benih tanaman
yang berbeza. Kemudian benih ini disemai pada sebuah tapak semaian dalam lubang
yang berbeza. Tumbuh atau tidaknya kedua benih tersebut amat bergantung kepada
air yang disiramkan, baja yang ditaburkan, racun pembasmi serangga perosak yang
disemburkan dan sejauhmana kerajinan serta ketekunan si penanam dalam
membersihkan rumput-rumpai yang mengganggu tanaman yang berada di sekitarnya.
Satu benih akan menumbuhkan satu
tanaman yang memiliki akar yang kuat dan menghunjam jauh ke dalam tanah.
Manakala batangnya pula kuat dan cabang-cabangnya tinggi melangit. Tanaman ini
menyenangkan hati si penanam juga orang-orang yang memandangnya. Sebuah pohon
yang mampu memberi naungan bagi yang ingin berteduh, begitu kukuh dan tidak
mudah tumbang ketika di tiup angin malah menghasilkan buah-buahan yang lazat
sepanjang tahun. Inilah pohon taqwa.
Sementara benih yang satu lagi akan
menumbuhkan satu tanaman yang memiliki akar rerambut yang rapuh dan tidak
menghunjam ke dalam tanah. Ia begitu rapuh sehingga tidak kuat menampung
batangnya apatah lagi jika ditiup angin, pasti musnah sama sekali. Tumbuhan ini
ibarat pepohon parasit. Kehadirannya tak pernah diharapkan oleh si empunya
tanah. Bukan sahaja tidak menghasilkan buah-buahan yang lazat malah mengganggu
gugat kehidupan lain serta merosakkan tekstur tanah. Inilah pepohon fujur.
Jadi orang-orang yang soleh adalah
ibarat para petani pohon taqwa yang berjaya. Mereka berfikiran rasional. Dengan
kewarasannyalah mereka hanya memilih untuk menghidup suburkan pohon taqwa
sahaja. Sementara benih pohon fujur tidak akan diberi ruang, peluang dan
kesempatan untuk tumbuh dan berkembang.
Manakala “ahlul maksiat”
(orang-orang yang melakukan maksiat) adalah mereka yang tidak rasional. Tidak
waras kerana telah memilih untuk menghidup suburkan pohon fujur. Lebih
menyedihkan mereka membiarkan benih pohon taqwa dan akhirnya benih itu mati
sebelum berputik.
Menganalisa Diri
Mengapa perlu menganalisa diri?. Ini
diilhamkan oleh beberapa ayat Allah yang mengajak manusia berfikir tentang diri
manusia itu sendiri. Begitu juga dengan firman-firman Allah yang menerangkan
tentang adanya daya tarik menarik antara kekuatan jahiliyah (al-Batil) dengan
al-haq pada setiap insan. Manakala al-haq itu pula digambarkan sebagai kekuatan
yang memiliki satu sumber iaitu Allah SWT, sementara “zhulumaat”
(kesesatan dan kegelapan) memiliki pelbagai sumber, pelbagai bentuk dan jalan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 257 : “Allah Pelindung orang-orang
yang beriman; ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya
(Iman). Dan orang-orang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan yang
mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka itulah penghuni
neraka; mereka kekal di dalamnya.”
Kekuatan Diri
(Strength).
Ia bermaksud apa sahaja kekuatan dan
kelebihan asas yang dimiliki manusia. Kekuatan ini adalah fitrah Islam yang
tertanam di dasar hati setiap manusia yang dibawa sejak ia lahir. Dalam suarh
al-A’raf ayat 172, Allah SWT berfirman:
“Dan ingatlah, ketika Rabbmu
mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil
kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Rabbmu?”
Mereka menjawab: “Benar, Engkau Rabb kami, kami menjadi saksi”
…Dalil
lain yang menyatakan adanya kekuatan dasar ini adalah sabda Rasulullah SAW: “Setiap
anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci), orang tuanyalah yang akan
menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Fitrah
insani sebagai kekuatan dasar merupakan modal awal manusia dalam menempuh
kehidupan. Setiap bayi yang lahir memiliki kadar fitrah yang sama meskipun
berasal dari status sosial yang berbeza. Perjalanan hduplah yang membezakan
kadar fitrah itu pada kemudian hari.
Kelemahan Diri
(Weakness).
Kelemahan-kelemahan manusia yang
bersifat “basyari”. Sebagaimana yang diungkapkan dalam al-Qur’dan,
seperti “dha’if”, tergesa-gesa, berputus asa dan berkeluh kesah. Keempat-empat
sifat ini merupakan sifat yang dibawa manusia sejak lahir.
Sifat “dha’if” menggambarkan
kerendahan manusia secara umum yang bermakna keterbatasan dan ketidak berdayaan
manusia. Sifat-sifat tergesa-gesa, berputus asa dan berkeluh kesah menunjukkan
kelemahan manusia dalam mengendalikan hawa nafsu dan emosi.
Peluang
(Opportunity).
Peluang-peluang yang dapat membawa
manusia kepada keselamatan dan keuntungan (husnul khatimah). Seperti
melipat gandakan pahala dan tidak melipat gandakan dosa, merebut peluang
besarnya ganjaran pahala di bulan Ramadhan, juga ganjaran orang yang mati
syahid di jalan Allah dan sebagainya.
Begitu juga dengan menyumbangkan (infaq)
harta yang ada pada jalan Allah pasti ia memperolehi ganjaran yang
berlipatganda sehingga 700 kali ganda. Firman Allah :
“Perumpamaan (nafkah
yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah
adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap
bulir :
seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 261)
Manakala mereka yang gemar membaca
al-Qur’dan, bagi setiap huruf yang dibacanya akan dibalas 10 kali ganda.
(Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Tarmidzi).
Kekangan (Threat).
Ia merupakan hambatan dan
rintangan-rintangan luaran yang menyebabkan manusia menjadi orang yang celaka
dan rugi. Seperti bisikan syaitan, budaya jahiliyah, tarikan duniawi dan
sebagainya.
Dari sekian banyak rintangan dan
kekangan yang menyebabkan kecelakaan bagi manusia, godaan syaitan merupakan
rintangan yang paling hebat, berat dan sukar. Nabi Allah Adam dan Hawa dihukum
Allah (diturunkan ke dunia) lantaran pujuk rayu syaitan. Qabil terdorong
membunuh Habil kerana bisikan syaitan. Sesungguhnya syaitan telah bersumpah
akan menggoda manusia dengan seluruh kekuatan agar manusia terkeluar dari jalan
taqwa. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Israa’ secara terperinci pada
ayat 62 hingga 65:
“Dia (Iblis) berkata: “Terangkanlah
kepadaku inikah orangnya yang engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika
Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari Kiamat, nescaya benar-benar akan
aku sesatkan keturunannya kecuali sebahagian kecil.”
“Tuhan befirman: “Pergilah,
barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka
Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.”
“Dan hasunglah siapa yang kamu
sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka
pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan
mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang
dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.”
“Sesungguhnya hamba-hamba Ku, kamu
tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan mu sebagai Penjaga.”
Menganalisa diri amat penting dalam
muhasabah. Di mana kedudukan kita sekarang? Sebesar mana usaha dan upaya kita
mengembangkan potensi kekuatan diri. Dan bagaimana usaha kita untuk meminimakan
dan mengurangkan kelemahan diri serta tantangan yang ada?. Marilah sama-sama
kita “tepuk dada, tanyalah iman”…….
Komentar
Posting Komentar
komentar anda sebagai masukan yang membangun agar lebih giat Membaca, Mendengar, Menulis, dan Mengaplikasikan serta Mengajarkan